Sunday, December 27, 2009

Allah Yang Maha Adil


Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “ di mana Allah dalam hati kita,” agar kita dibayangi kasih sayang Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih daripada mengingati Allah.

Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan untuk dijawab, di mana ia boleh membantu meningkatkan iman,hubungan serta keupayaan untuk maju dalam pelaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh Islam. Persoalan seperti-adakah kita telah mengagungkan Allah dalam perkara yang patut diagungkan? Bagaimana pula keagungan terhadap Allah menyerap masuk dalam sanubari kita?

Sehubungan ini, Saidina Ali bin Abi Talib ada mengungkapkan kata-kata masyhurnya yang memuji golongan solihin, antara lain beliau menyebut: sesungguhnya keagungan Allah sentiasa bertapak dalam hati, apa yang mereka lihat selainNya adalah kecil belaka.

Cuba perhati serta renung secara mendalam kehidupan golongan solihin, yang penuh dengan pujian terhadap Allah atas segala keagungan ciptaanNya.

Suasana ini telah menjadikan mereka sentiasa cermat dalam bertindak, berusaha tidak menyinggung kesucian Islam dengan kata-kata atau perbuatan. Mereka hanya takut kepada Allah dan tidak kepada makhluk apatah lagi derhaka kepadaNya.

Keagungan hanya layak disanjung terus kepada Allah, tidak memohon sesuatu melainkan kepadaNya. Hati mereka hanya berpaut hanya untukNya, semua yang ada di muka bumi ini kerdil dan bersifat sementara, hanya Allah sahajalah yang kekal tanpa kesudahan.

Justeru, di manakah kita terhadap cinta kepada Allah? Bagaimana hubungan kita denganNya? Adakah kita benar-benar memelihara kebenaran konsep cinta hanya kepadaNya atau ada yang lain turut menerima cinta kita untuknya? Adakah kita telah melakukan apa yang dikehandakiNya dalam proses kita meletakkan cinta hanya kepadaNya?

Perhatikan firman Allah kepada nabi Daud : “Wahai Daud! Sesungguhnya engkau menghendaki sesuatu daripadaKu, Aku pun menghendaki sesuatu daripadamu. Jika engkau benar-benar taat kepadaKu pada apa yang Aku mahu, maka Aku akan permudahkan apa yang engkau mahu. Jika engkau menentangKu pada apa yang Aku mahu, maka Aku akan menyusahkan engkau, maka berusahalah pada apa yang Aku mahu."

Dalam suasana yang lain pula, Allah ada menyatakan dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: “jika mana-mana hambaKu mentaatiKu, maka Aku redha (rela) kepadanya, bila Aku redha kepadanya maka akan Aku berkati seluruh hidupnya, sesungguhnya keberkatan Aku tidak ada penghujungnya, dan jika hambaKu melakukan maksiat kepadaKu, Aku marah kepadanya, bila Aku marah kepadanya maknanya Aku melaknatnya."

Ketahuilah sekalian umat Islam, walau di mana mereka berada, dalam apa jua jawatan yang disandangnya, sesungguhnya Allah tidak suka kepada hambaNya yang memenuhi ruang hidupnya dengan pelbagai kebendaan dunia, hingga tiada ruang Allah di dalam hatinya.

Apatah lagi untuk mengingatiNya dengan berzikir, jika Allah Maha Besar dalam segenap tindak-tanduk hambaNya, anak yang disayangi dijadikan korban tanpa berbelah bagi, itulah terjadi yang kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih anak kerana patuh kepada perintah Allah.

Dalam hal ini, baginda Rasulullah dan para sahabat tidak banyak bertanya, apatah lagi ragu terhadap perintah Allah untuk menghalakan kiblat ke Baitullah (Kaabah). Walaupun sebelum itu kiblat yang dihalakan adalah Masjid al-Aqsa, kerana Allah adalah segala-galanya dalam hidup mereka. Hidup dan mati mereka hanya untuk Allah dan bukan yang lain, kerana yang lain selain Allah akan mati dan memerlukan sokongan lantaran kelemahan dan tidak sempurna.

Waktu sesuai untuk mendampingi Allah

Sekali lagi kita tanya diri sendiri “Di mana Allah dalam hati kita?” Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat kepadaNya?

Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut : “Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana Aku”

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam (bertahajjud) untuk menyepi diri dan berkhalwat (bersunyi-sunyi) bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah kepada kita yang mampu bangun di tengah malam-Allah menyebut: “adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana Aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka Aku ampunkan segala dosa-dosanya dan memohon sesuatu maka Aku berikan kepadanya”

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Al-Mu'min:60)

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati kita ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNya untuk meninggikan syiar agamaNya walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dianugerahkan Allah ke atas kita, terus bersyukur kepadaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa, isteri atau suami kepada kita. Atau kita hanya sekadar menerima nikmat tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.

“Jikalau kamu hendak menghitung akan nikmat-nikmat Ku maka kamu tidak akan dapat menghitungnya.” (An Nahl: 18)

“Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas” (Ar-Rum : 21)

"Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Al-Mu'min:61)

"Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada." (Az-Zumar:7)

Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, perniagaan, pangkat dan jawatan, tapi apa yang penting, di mana Allah dalam hati kita? Mana letaknya cinta kita kepada Allah?

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah:24)

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri di mana Allah dalam hati kita? Allah kah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah (mati) sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya?

Apabila kita ingat Allah pada waktu susah, pasti Allah akan ingat kita pada waktu kita senang dan lapang.

Demikianlah peringatan yang perlu kita sama-sama ingatkan antara satu sama lain, agar Allah ada dalam hati kita sama ada pada perkara sekecil-kecilnya atau yang sebesar-besarnya, Tanya diri – di mana Allah dalam hati kita?

"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." (Al- Baqarah:165)

Ingatlah siapa yang bersama Allah, nescaya dia dipelihara Allah. Siapa yang mencintai Allah, nescaya dia tiada memandang selain dari Allah. Siapa yang sampai kepada Allah, nescaya dia hidup dalam lindungan Allah. Siapa yang rindu kepada Allah, nescaya dia akan bermesra dengan Allah. Siapa yang membelakangi semua yang memikat hati selain Allah, nescaya bersihlah duduknya dengan Allah. Ketuklah pintu Allah, lindungilah dirimu di dalam benteng Allah, berserah diri hanya bagi Allah, wahai orang yang melupai Allah, kembalilah kepada Allah......... dan seterusnya, moga-moga Allah memanfaatkan kita dengan apa yang diucapkan itu.

Rasulullah s.a.w sering berdoa:
"Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan kemaafanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri."

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang.” (Muslim)

Hitunglah dirimu sebelum diri kamu dihitung dengan terperinci di Mahkamah Allah Yang Maha Adil kelak........

Peningkatan Kerohanian

Perkataan kerohanian ialah kata terbitan daripada perkataan roh. maksudnya perihal tentang rohani. Perkataan roh berasal daripada kata 'Ruh'. 'Ruh' dalam bahasa Arab ada dua pengertian literial diertikan pernafasan yang keluar dari jantung dan dalam pengertian istilah ialah al-Latifat al-Rabbaniyyat iaitu persediaan semula jadi yang ada pada jantung untuk menerima dan melihat cahaya kebenaran dan hakikat mutlak melalui mata hatinya. jadi yang dikehendaki dengan batin manusia dalam hubungan Allah, kebersihan dan kekotorannya, sensitif dan tidak sensitifnya, menurun dan meningkatnya, dan sejauh mana komitmennya dengan Hukum Allah

Rujukan :- Abdul Halim El-Muhammady; Bimbingan Rohani; 2008(Cetakan ketiga)

p/s: Sejauh manakah tahap kerohanian di dalam hati tiap-tiap umat Nabi Muhammad pada masa sekarang?

Tepuk dada tanya iman.

Malaikat Izrail iaitu Malaikat Maut ziarah kita setiap 21 minit

Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit
Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:

' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minitINI

BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.

Perbezaan diantara Tuhan dengan Allah s.w.t.

Assalamualaikum &

Salam Sejahtera

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, marilah kita sama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita tidak terjebak kepada bahaya syirik dan kemurkaan Allah dengan cara yang tidak kita sedari samada dengan hati, perbuatan atau perkataan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah Tuhan dan Tuhan itu Allah. Ketika berdoa mereka akan menambah doa mereka dengan menyebut (contoh): 'Ya Allah Ya Tuhanku..' Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah Tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan Tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya ? Tahukah kita akan maksud sebenar dan perbezaan antara perkataan 'Tuhan' ' Robb' dan 'Ilah' yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca? Selama ini mungkin kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut dengan satu maksud iaitu 'Tuhan'(sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja) sedangkan sebenarnya tidak ada perkataan Arab yang boleh merujuk kepada perkataan'Tuhan' .

Para Nabi dan Para Rasul diutus oleh Allah dikalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab . Firman Allah s.w.t.:

Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata. ( Surah An-Nahl – ayat 103 )

Al-Quran juga telah menyebutkan Robb atau Ilah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita sedia mengetahui ketika mengucap dua kalimah syahadah kita telah mengatakan 'Tidak ada Tuhan melainkan Allah'.Ini bermakna ketika itu kita telah menafikan adanya 'Tuhan', dan yang kita isbatkan hanya Allah, yang wujud hanya Allah sebagai Robb atau Ilah iaitu Pencipta kita, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam ini. Kenapa pula ketika berdoa contohnya kita mengadakan semula Tuhan yang telah kita tiadakan tadi dengan berkata ' Ya Allah Ya Tuhanku'…?

Ketahuilah bahawa Allah adalah pencipta kita dan pencipta kepada seluruh alam ini.Itulah yang perlu kita jawab jika kita ditanya tentang Allah. Dengan itu kita akan dapat merasakan hubungan dua hala yang lebih dekat iaitu antara Pencipta ( Allah ) dengan yang diciptakan( kita sebagai hamba). Tidak menjadi masalah jika kita berdoa didalam bahasa arab tetapi jika kita berdoa dalam bahasa melayu maka ucapkanlah ' Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atau Wahai Penciptaku / kami…..'

Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan

Pertama :-

Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan Tuhan hanyalah 'pelesetan' dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan 'Tuan' Kepada Tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan 'Tuan'. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: 'Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita.'

Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan Tuan telah berubah menjadi Tuhan. Dengan kata lain, Leijdecker yang pertama kali menulis perkataan Tuhan. (sila rujuk laman web http://wiriajaya. multiply. com/journal/ item/85).

Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan Tuhan masuk kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai 'pelesetan' atau 'salah tulis' oleh seorang Belanda, tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata 'Ilah' dan 'Robb' dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah!

Kedua :-
Perkataan Tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang di gunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai Tuhan.Kesan dari pengaruh agama Hindu yang ada pada masa itu atau melalui bekas penganutnya yang memeluk Islam Allah yang maha berkuasa itu juga telah dianggap sebagai Tuhan. Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu 'batu', 'kayu' dan 'padi'. Ini bermakna bahawa perkataan Tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah iaitu Tu bermakna Kepala dan Han pula bermakna Dewa ( Kepala Dewa) yang mana, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu. Jika merujuk makna Tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud Tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala Dua .
Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, kita hendaklah menyedari bahawa pengedaran kitab suci Al-Quran yang mempunyai terjemahan ke dalam bahasa melayu di negara kita pada awalnya banyak diterbitkan dan dicetak dari Negara Indonesia. Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia. Sedangkan ada perkataan melayu seperti perkataan Tuhan itu tidak ada maknanya untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Allah s.w.t. berfirman didalam Al- Quran:-

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya Aku ialah Tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya Dengan (azab) neraka Jahannam; Demikianlah Kami membalas golongan Yang zalim. (Al-Anbiya. Ayat 29.)

'Robb'.

Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. 'Robb' itu adalah sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Pencipta, Pendidik dan Pengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti "Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam". Oleh itu "Robb" tidak boleh diberi makna sebagai Tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana terjemahan perkataan Tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah.. Pengertian Robb telah disalah ertikan oleh golongan terdahulu dan diantara kesalahan penggunaan perkataan Robb yang perlu diperbetulkan sebagai contoh adalah ketika kita berdoa :- "Ya Allah, Ya Robbi" apabila ditukar kepada bahasa Melayu ia hendaklah bermaksud, "Ya Allah, Wahai Penciptaku, Pendidikku, Pengaturku", bukan 'Ya Allah Ya Tuhanku'.

'Ilah'.

Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimat Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata Ilah yang seringkali diterjemah dengan perkataan Tuhan. Padahal terjemahan itu tidak terlalu menjelaskan makna Ilah tersebut. Dalam bahasa arab 'Ilah' itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni (1) mahbuub (yang dicintai), (2) matbuu' (yang dipatuhi/ditaati) dan (3) marhuub (yang ditakuti). Maka daripada makna tersebut mengandungi erti " Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah".

Selain itu di dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat Ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Allah / Sifat Pencipta ( Al-Khaliq ) bukan sifat ketuhanan. Wahdaniah adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal tidak berbilang-bilang. Perkataan Tuhan apabila disebut sebenarnya menjadi terlalu umum dan tidak merujuk terus kepada Allah kerana disana ada Tuhan Hindu, Tuhan Buddha, Tuhan Kristian dan bermacam-macam lagi kerana sememangnya tuhan itu sifatnya adalah berbilang-bilang. Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Allah dengan sifat ketuhanan kerana terdapat banyak tuhan yang hendak dikenalpasti. Yang wujud adalah Zat dan Sifat Allah sendirian mentadbir alam ini tidak ada yang lain.Biarlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk menyebut dan mempunyai tuhan-tuhan. Umat Islam hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak ( sebagai Pencipta / Robb / Ilah kita ) dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka ( tidak perlu ada tuhan) sebagai membezakan ketunggalan dan keesaan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya dengan sesuatu juapun. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.

Setelah kita mengetahui akan hakikat perkataan Tuhan itu, bermula dari saat ini marilah kita memperbanyakkan menyebut nama Allah s.w.t. atau nama-nama-Nya didalam Asmaul-Husna samada didalam kehidupan seharian atau ketika beribadah kerana itulah nama sebenar bagiNya yang layak untuk dipanggil. Janganlah lagi kita menganggap Tuhan itu adalah Allah kerana Tuhan itu bukan nama ataupun gelaran bagi Allah sebagaimana sangkaan ataupun anggapan umat Islam yang berbangsa melayu selama ini.Jika kita berdoa dengan mengungkapkan perkataan Tuhan sebenarnya seolah-olah kita telah tersilap alamat untuk menyampaikan hajat kita ke destinasinya yang betul menyebabkan doa kita tergantung atau lambat dimakbulkan kerana kita telah menambah nama yang bukan nama Allah berserta namaNya yang mulia.Kita menyangka dengan menyebut Tuhan bersama nama Allah itu lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah sedangkan pada hakikatnya apa yang kita sebut itu mempunyai maksud yang tidak baik sebagaimana yang telah dijelaskan tadi. Disebabkan kita tidak pernah mengkaji kita perlu akui bahawa kesilapan yang tidak kita sedari seperti ini menyebabkan kita seolah-olah tidak dihiraukan oleh Allah.Dengan sebab itu pelbagai masalah terus melanda negara kita samada politik atau sosial dan sebagainya tanpa ada jalan penyelesaiannya disamping tekanan hidup yang semakin menghimpit umat Islam dewasa ini.

Bagi umat Islam,lazimnya ketika mereka sedang sakit secara spontan mereka akan merintih dan menyebut nama "Allah..Allah. .Allah.." dengan jelas dan penuh pengharapan dan tidak mungkin ada yang menyebut Tuhan..Tuhan. .Tuhan" pada ketika itu.Begitu juga apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya, sudah tentu kita akan berkata bahawa kita telah melihat kalimah Allah dan bukan kalimah Tuhan tetapi mendukacitakan kerana ramai dikalangan kita yang lebih banyak dan suka menyebut perkataan Tuhan berbanding menyebut nama Allah dalam perbualan seharian sedangkan sepatutnya kita bersyukur dan berbangga untuk sentiasa menyebut nama Allah.Kita membantah apabila sekumpulan penganut kristian memohon untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka sedangkan kita sendiri lebih suka menyebut perkataan Tuhan berbanding nama Allah itu sendiri. Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita dengan Pencipta kita itu begitu jauh sekali? Fikirkanlah. ..

Seterusnya lihatlah contoh perbandingan diantara senikata lagu Negaraku dan lagu Negeri Johor. Mengapakah didalam senikata lagu Negaraku menggunakan perkataan Tuhan sedangkan senikata lagu Negeri Johor tidak ada walau sepatah pun perkataan Tuhan melainkan yang ada hanyalah nama Allah. Ini bermakna seluruh pelajar di Negeri Johor termasuklah pelajar-pelajar yang bukan Islam sejak sekian lama telah menyebut nama Allah ketika menyanyikan lagu tersebut tanpa sebarang masalah yang berbangkit. Jika lagu Negeri Johor boleh menggunakan sepenuhnya nama Allah, mengapa tidak kita jadikannya sebagai contoh yang baik untuk diikuti dengan menggantikan perkataan Tuhan itu kepada nama Allah samada didalam lagu Negaraku, Rukunegara dan lain-lain lagi serta yang lebih penting lagi adalah ketika kita beribadah kepada Allah khususnya ketika berdoa supaya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Sila rujuk senikata kedua-dua buah lagu dibawah ini:

Lagu Negaraku Lagu Negeri Johor



Negaraku, tanah tumpahnya darahku Allah peliharakan Sultan

Rakyat hidup ,bersatu dan maju Anugerahkan dia segala kehormatan

Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan Sihat dan ria kekal dan makmur

Raja kita, selamat bertakhta Luaskan kuasa menaungkan kami

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Rakyat dipimpini bersama lagi

Raja kita, selamat bertakhta Dengan perintah bersatu hati

Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan

Mudah-mudahan apabila kita sanggup untuk melakukan perubahan dengan memperbanyakkan menyebut nama Allah akan terbukalah pintu-pintu rahmat dan kurniaan Allah kepada kita semua..insyaallah. Percayalah, bahawa kita tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita meninggalkan dari menyebut perkataan Tuhan itu tetapi kita sangat merugi jika kita tidak mahu menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat.Meskipun penggunaan perkataan Tuhan ini telah sekian lama berlarutan adalah diharapkan agar para Alim Ulama, Para Cendikiawan Islam dan pihak yang berkuasa khususnya di negara kita Malaysia supaya dapat menerima serta memahami apa yang cuba disampaikan disini dengan hati yang terbuka, berlapang dada, berjiwa besar serta sentiasa bersandar kepada hidayah Allah dalam mencari kebenaran seterusnya bersama memainkan peranan yang penting untuk menyampaikannya pula kepada seluruh umat Islam dalam memperbetulkan kekeliruan kita selama ini. Allah mempunyai nama-nama-Nya yang baik, oleh itu gunakanlah nama-nama Allah yang baik itu didalam kehidupan kita dan berdoalah sebagaimana contoh berikut :- "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…" Bukankah indah dengan doa yang sebegini…dan janganlah kita menyebut perkataan Tuhan itu lagi…

Firman Allah s.w.t.

Dan Allah mempunyai nama-namaNya yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. ( Surah Al-A'raaf, ayat 180 )

Apa yang diperjelaskan disini bagi sesetengah pihak mungkin menganggap ia hanya membabitkan soal istilah atau bahasa yang agak remeh dimana kita hanya perlu bergantung kepada apa yang kita niatkan ketika menyebutnya…Tugas kami hanya menyampaikan dan menjelaskan semata-mata kerana Allah. Sedari dan yakinlah bahawa, diatas dunia ini mungkin ia dipandang remeh tetapi kita bimbang jika ia menjadi suatu yang sangat berat setelah kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak kerana salah satu perkara yang boleh menjejaskan iman dan akidah kita disisi Allah adalah melalui perkataan.Walaupun kalimah Laa ilaha illallah itu ringan dibibir tetapi timbangannya adalah lebih berat dari dunia dan seisinya! Fahamilah ia...

Sebagai penutup ingatlah wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi, bagi mereka yang merenung dengan matahati, mereka tentu meyakini bahawa dunia ini sebenarnya telah semakin menghampiri ke penghujungnya. Samada kita sedar atau tidak, hari kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah pasti akan terjadi secara mengejut ketika manusia asyik leka dengan urusan dunianya.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha membersihkan nama Allah dan memperbanyakkan menyebut nama Allah didalam kehidupan kita yang berbaki ini. Tinggalkanlah sesuatu yang tidak berkaitan dan tidak dituntut ketika ingin menyebut nama Allah agar kita beroleh keredhaanNya di dunia dan akhirat. Semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hambaNya yang sentiasa bertaubat dan diberikan keampunan.amin. .Wassalam.



Membersih Nama Allah

ilhamhikmah@ gmail.com

attawwab@gmail. com

Terima kasih & wassalam

Tukang Kapak

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai
adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati
nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana
mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula
di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih
bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila
beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diuar-uarkan di
dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat
bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.

Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh
Mungkar dan Nakir.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?
Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?
Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.
Dari mana kau dapat kapak ni?
Aku membelinya.
Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?
Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut
pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.
Adakah kau pasti?
Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?
Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata

lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir
sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku
yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.

3 Jenis Tudung..

Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga.
Pertama, tudung Yahudi,
kedua, tudung Nasara(nasrani) dan
ketiga tudung muslimat.” “Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana aku tidak pernah mendengar hal yang sedemikian,” soal salah seorang pendengar di hadapannya.

“Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang.

Kedua, tudung Nasara. Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan.

Dan yang terakhir tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

kena ketuk

1 masuk kandan kambing,kita mengembek..
masuk kandang ayam,kita berkokok...
masuk kandang rimau......................?

2 dimasuk selesa,terkeluar meraba.....?

3 kail apa yang tersangkut dimulut tidak sakit...?

4 dlm2 byk2 tali,tali apa yang paling ganaz....dan paling seram.. 2 jawapn yer..?

5 dalam banyak2 van, van apa yang org suka dan tidak suka..?


ni abg yang jawab yer cik bun..
1 mengaum la
2 rumah urut
3 kail takda mata
4 tali koboi and tali gantung
5 van dame mati naik van jenazah ni confirm betul....

Kecermelangan Diri

K1: KEINSAFAN DAN KESEDARAN DIRI
- kekuatan diri
- Kelemahan diri
- Potensi diri
- HARGA DIRI

K2:KEINGINAN UNTUK TAHU
- Baca buku
- Belajar atau timba pengalaman dari orang lain
- Hadiri kursus
- Dapatkan nasihat pakar
- BANYAK BERTANYA

K3:KEYAKINAN DIRI: Kita perlu yakin kepada
- Kebijaksaan kita
- Kebolehan
- Gerak rasa

K4:KEBERANIAN:Jangan takut kepada:-
- Kegagalan
- Kesilapan
- Mendapat malu
- Patah semangat
- DIANGGAP BODOH

K5. KONSISTEN
- Mulakan sekarang
- Berlatih
- Naikkan semangat semula yang sudah pudar
- Sentiasa memperbaiki diri
- Lawan keinginan untuk kembali ke perangai lama
- Wujudkan kesinambungan
- GANJARAN (utk bos2 la)

K6: KAWAN
- Kekuatan melalui kumpulan
- Dapatkan sokongan
- Cari kawan yang positif dan ikhlas
- JADI KAWAN YANG JADI CERMIN..

pesanan utk saya sendiri dan rakan2 sekalian.
atas pengalaman yang telah di lalui..sama2 la kita kongsi utk merelalisasikan kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat - captainryz

Lelaki Gagah

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut...besar perbezaannya

Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak

Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solatSelesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpaparTugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makananJika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakanLelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahanRela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI

Wednesday, December 23, 2009

Yellow Days